Quantcast
Channel: FeeqSays.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 432

Kasut Raya Murah dan Berkualiti di Bata Malaysia #BataRaya2017

$
0
0
Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya. Korang dah beli Kasut Raya? Hari tu ada pergi Midvalley nak cari persiapan raya sebab tak nak last minute beli barang raya. Kitorang berhenti ke Bata Malaysia nak cari kasut Raya. Hari tu wife ada cakap yang Bata tengah ada promo. Dapat voucher RM50 untuk second purchase kalau spend minimum of RM99. Pastu dia cakap lagi dapat tudung free gak.

Apa lagi?!! Nak jimat kan... so, terus serbu Bata Midvalley. Biasalah, orang baru kawen. So kena lah simpan duit nak Raya.

Korang mesti ingat Bata ni cuma kedai untuk kasut sekolah kan? Well, personally I can't blame you on that. I pun dulu fikir macam tu. Ye lah dah lebih 20 tahun beli barang Bata untuk kasut sekolah. Bukan je murah tapi berkualiti.

Rupa rupanya Bata ni ada macam macam. Dari kasut sukan, sandal sehingalah ke kasut kuli. Made in Italy uoollssss.

Tapi dengar kata collection Italy ni cuma ada kat beberapa lokasi je. Dekat major mall. Bila dapat tengok Kasut Kulit, mata terus terbeliak. Yelah.. I'm personally love kasut kulit.

Bahagian kasut lelaki. Kalau korang nampak, bukan je kasut kulit yang diorang ada. Ada kasut sukan, sandal, dan macam macam lagi. So, for lelaki yang simple macam I ni, I will go for sandal for this coming Raya. Senang nak masuk rumah orang. Main sarong je.

Bahagian kasut perempuan. Tak nak cakap banyak. Cukuplah korang terus pergi kat tempat duduk. Confirm yang perempuan akan ambik banyak masa nak cari kasut diorang. Sebab apa? Sebab banyak gila pilihan. Cantik cantik pulak tu.

Last last I choose juga kasut leather made in Italy ni. Bukan je selesa tapi original full leather dari Italy. Sedap di pakai. Boleh la jadi kasut Raya & kasut kerja. My wife, dia pilih white color. Sebab nak match kan dengan baju Raya kitorang. Baju Raya kitorang warna apa? Jangan tanya. Tunggu je. Bila dah kawen ni, isteri la yang buat semua keputusan bila masuk bab barang Raya hahaha.

Promosi Hari Raya dari Bata Malaysia. Hanya bayar RM99 dalam satu resit dan menerima baucar RM50 untuk pembelian seterusnya. Promosi sehingga 24 Jun 2017, tetapi baucar sah sehingga 2 Julai 2017.

#bataraya2017


Viewing all articles
Browse latest Browse all 432

Trending Articles