PLUS TAWAR REBAT TOL 30 PERATUS SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
PLUS menawarkan rebat tol sebanyak 30 peratus kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG di lebuh raya PLUS bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid berkata, "Rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada Hari-Hari Bukan Puncak iaitu 4, 8 dan 11 Julai bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut."
Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya pada Hari-hari Bukan Puncak. Ia juga merupakan penghargaan kami kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya kami.
Menurut Noorizah, bagi perjalanan pada 4, 8 dan 11 Julai ini, pengguna yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat tol 30 peratus tersebut boleh ditebus dalam bentuk tambah nilai di antara 15 Ogos 2016 sehingga 14 November 2016 akan datang di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.
PLUS akan turut mengambil pelbagai langkah lain untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan yang akan datang. Ia termasuklah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan lain-lain lagi.
_______________________________________________________
PLUS will be offering 30 percent toll rebate to the public paying toll electronically via PLUSMiles and Touch 'n Go card or SmartTAGs for the Hari Raya Aidilfitri holidays.
PLUS Malaysia Berhad Managing Director, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid said, "The toll rebate will be given to Class 1 Vehicle users paying toll electronically on Off-Peak Days on 4, 8 and 11 July in conjunction with the Hari Raya. It is is offered to those travelling more than 100 kilometres on the PLUS highways."
The rebate is part of an initiative to distribute the traffic and to encourage the public to travel on Off-Peak Days. It is also an effort to reward the highway users and the public.
According to Noorizah, the public paying toll electronically will still be required to pay the full toll charges on 4, 8 and 11 July. However, the 30 percent toll rebate (in a form of toll reload) can be redeemed at all PLUS customer service centres between 15 August 2016 and 14 November 2016.
PLUS has also finalised other approaches and strategies to help the public enjoy smoother travel on the highways during the upcoming festive season. This includes the issuance of the Travel Time Advisory (TTA) and others.