Last week semua crew penat sangat due to work and kiteorang pun decided to attend Isteri Untuk Dijual premiere screening. Disebabkan cerita ni cerita komedi, memang sesuai sangat untu kiteorang yang tengah nak release tension.
Dah baca review dari Fatin Bella? Baca kat SINI.
Dah baca review dari Fatin Bella? Baca kat SINI.
Review:
I tak suka sangat tengok cerita melayu tapi cerita ni memang kelakar. I bagi 8/10. Yang bestnya, watak Nora Danish dalam cerita ni memang sama dengan Fatin Bella. Nama pun sama, Bella. harap-harap lepas kawen dia tak macam dalam cerita tu hahaha. Nora danish memang pandai mainkan watak gila-gila cute dan memang sesuai diganding kan dengan Kamal Adli yang perangai pun kelakar. Nak jadikan lagi best, Vicha Saywho & Abam pun ada sekali. Gila tak kelakar. Kiranya, ketawa tak berhenti la.
Bella ( Nora Danish ), asalnya menjadi model sambilan majalah namun kini sudah pun menjadi model terkenal selepas dia menjadi penghias kulit majalah terbaru syarikat Reza ( Kamal Adli ) . Perkenalan pertama di antara Bella dan Reza di dalam pencarian wajah baru itu membuatkan Reza tertarik dan jatuh hati kepada Bella kerana perwatakannya yang cantik, jelita, lemah lembut, manja, manis dan mempunyai ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki. Perkenalan mereka itu berakhir dengan ikatan pernikahan. Namun apabila sudah bernikah, Bella sebenarnya mempunyai sikap yang berbeza dari sikap sebenarnya. Hari demi hari perkahwinan Reza dan Bella dilanda masalah.Reza mencari pelbagai jalan untuk memutuskan ikatan perkahwinannya dengan Bella sehinggalah dia berjumpa denga Adi ( Azwan Kombos ) , seorang pemilik kedai roti yang sama taraf dengan Reza. Bermulah dengan perkenalan itu, Reza mula mengatur strategi dan perancangan bersama Adi untuk membantunya dalam menyelesaikan masalahyang dihadapi Reza. Namun, segalanya tidak seperti yang dirancang kerana berlaku satu insiden yang membuatkan Bella berubah hati dan mula berubah sikap kepada yang lebih baik. Jika dibandingkan kehidupan Bella yang dulu dan kini, perbezaannya sangat ketara dan Reza mula panik dengan perubahan ini.
Filem romantik komedi ini diarahkan oleh seorang pengarah yang berbakat iaitu Eyra Rahman. Beliau telah menghasilkan karya-karya seperti Aku Terima Nikahnya, Awak Nak Kahwin dengan Saya, Pengantin Malam , Dua Kalimah dan banyak lagi.
Buat pertama kalinya MiG Pictures menggandingkan Nora Danish dan Kamil Adli sebagai hero dan heroin dalam filem “Isteri Untuk Dijual“. Selain itu juga, kita bakal menampilkan buat kali pertama di layar perak iaitu Vicha dari Kumpulan Saywho dan juga bakat baru dari MiG Talent iaitu Azwan Kombos dan Anam Azizani.
Terima kasih Bocil Saywho & MIG for the premiere screening passes.