What's up guys?
Okay, kali ni orang nak share sikit what I had in my mind. It's have been awhile ever since I wrote any "thoughts" blog post. Orang ni bukan lah siapa-siapa di dunia blogging. I'm just a small potato.
Ramai yang pelik bila orang kadang-kadang letak hashtag komuniti blogger yang berlainan dan ramai yang bertanya, orang ni terikat dengan komuniti blogger yang mana satu? So, kali ni orang nak share sikit pasal RESPECT. That's true that "Respect is Earned, Not Given".
Take note, setiap manusia ada pandangan tersendiri. Ni pandangan orang.
Orang = Saya
Take note, setiap manusia ada pandangan tersendiri. Ni pandangan orang.
Orang = Saya
As "universal blogger" means orang tak contract or attached with any blogging company atau blogger community, orang selalu dapat invitation dari kelab blogger yang berlainan atau direct dari PR. Ada yang pasal advertisment, pergi ke event or even pergi travel.
Bila orang memilih untuk bergerak sendiri, bukan la maksudnya orang ni adalah famous, banyak contact dari PR, etc. Tapi orang memilih untuk bergerak sendiri kerana orang lebih selesa tidak terikat dengan mana-mana PR company atau blogger community. Orang pernah di offer untuk berada di bawah beberapa nama besar blogging company. Memang best dan tak dinafikan yang mereka akan tolong "promote" kita. Dulu, orang pun pernah contract dengan blogging company. Memang best dari segi payment, invitation, exposure, etc. Tapi at one point orang rasa kebebasan tak ada. Well, there's nothing come for free.
Kenapa?
Back to the basic. Sebab kenapa orang menceburi dunia blogging adalah kerana nak ada ramai kawan bukan kerana duit. Tapi alhamdulillah, bila niat kita betul dan kita bekerja keras, Allah akan bagi lebih. Sekarang orang dah pun jadi brand ambassador untuk 3 company besar. Siap dapat product and monthly payment. Bukan nak menunjuk. Just memberi inspirasi.
Orang paham yang dunia blogging ni pun ada politik nya. Contohnya, blogger community A tak suka blogger community B. Ada sesetengah blogger community yang tak matang, dia akan rasa "oh, blogger tu selalu pergi ke event blogger community B. Tak payah invite dia lah". So, bagi orang, kes di pulaukan atau di banned tu dah jadi lumrah. Asalkan kita tahu niat kita dan kita tak buat salah dah la. Rezeki tuhan yang bagi.
Katakan blogger community A ada invite blogger. Apa salahnya kalau kita letak official hashtag mereka atau kalau mereka ada baju, pakailah. Itu tanda nya menghargai dan showing respect. Itu juga tandanya mereka menghargai kita. Janganlah kalau pergi ke event komuniti blogger A, tapi korang post hashtag komuniti blogger B. Tak ke sengal bin bebal namanya tu?
Tapi ada juga yang terlalu obsess dengan sesetengah blogger community sampai kan post-post yang tak related dengan that particular blogger community, mereka letakkan hashtag dieorang juga. Tak salah tapi jangan lah nanti complain kenapa blogger community lain tak invite you guys ya. Orang paham yang sesetengah blogger nak menghargai. Tak salah, malah bagus sebab menghargai. Tapi kadang-kadang nampak macam tengah "kipas". So, paham-paham la ya.
Last but not least, orang nak minta maaf kalau ada yang tak selesa dengan post ni. As I said earlier, this is just my thought dan orang cuma lah small potato di dunia blogging.
So, sesiapa nak invite orang gi event atau buat review, meh email orang kat feeq_2009@hotmail.com hahaha
So, sesiapa nak invite orang gi event atau buat review, meh email orang kat feeq_2009@hotmail.com hahaha